Penggunaan Borang CAR dan PAR bagi tahun 2017
Posted by wmupp on March 09 2017 01:00:00
Tuan,

Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

2. Berdasarkan dapatan Audit bil. 1/Tahun 2017, Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) dikehendaki menguatkuasakan penggunaan borang MSISO LAM-PUP-02 [Prosedur Tindakan Pencegahan (PAR) dan Laporan Cadangan Tindakan Pembetulan (CAR)] dengan serta merta.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan perlu akur dengan segala arahan Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) dari semasa ke semasa berkaitan urusan pentadbiran peperiksaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sekian, harap maklum. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.