PROFIL IPGKPM
APLIKASI ONLINE
JABATAN
UNIT
JK TADBIR URUS
HIRARKI MENU
MENU UTAMA » Profil » Perutusan Pengarah
Perutusan Pengarah


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya kita berjaya membangunkan portal baru institut ini. Kesemuanya itu terhasil daripada perancangan yang jitu dan disokong pula warga kerja yang amat komited dan berintegriti. Justeru, marilah kita bersama-sama berazam dan bertekad untuk terus berusaha ke arah memartabatkan lagi profesion keguruan yang kita sanjungi.

Portal ini dibangunkan selari dengan Visi, Misi Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, keperluan Akreditasi dan Validasi dalam Pendidikan Guru dan pengiktirafan kualiti sistem pengurusan serta memacu kejayaan Pelan Strategik 5 tahun (2011-2015) IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Portal ini sebagai pembantu bagi pelaksana program dan aktiviti secara sistematik dan komprehensif. Sekaligus dapat mempercepatkan ke arah transformasi pengurusan IPG dengan lebih mantap dan berkesan terutama dalam usaha membangunkan modal insan yang cemerlang minda kelas pertama.

Adalah dengan ini diharapkan semua warga IPG Kampus Perempuan Melayu menjadikan portal ini sebagai tempat berkolaborasi dan alat penyampai maklumat yang berkesan dalam menjalankan tugas dan rutin harian kita.

Akhir kata, kejayaan pelaksanaan Pendidikan Guru termasuk kolaborasi dan penaympaian maklumat melalui portal ini akan terjana hasil daripada kerjasama, kesediaan dan kesanggupan semua warga memikul dan melaksanakan tugas dengan amanah selaras dengan moto IPG Kampus Perempuan Melayu, “Iman Ilmu dan Integriti”

Sekian, terima kasih.


(TUMERAH BINTI ROSMIN)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu,
Melaka
STAF IPGKPM
Staff IPGKPM perlu log masuk untuk mengakses pelbagai kemudahan yang disediakan melalui portal ini. Maklumat lanjut daripada webmaster jabatan / unit masing-masing.
PAUTAN UTAMA
PAUTAN SERVIS
PENAFIAN & HAK CIPTA
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada portal ini.

Hak Cipta Terpelihara@2012 - IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan cara sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu.
Pelawat (sejak Mei 2012)
Hakcipta Terpelihara @2014 - IPGKPM
Powered by PHP-Fusion copyright © 2002 - 2014 by Nick Jones.
Released as free software without warranties under GNU Affero GPL v3.
866,328 unique visits
November 01 2014 05:25:54