Sejarah Penubuhan

     

 

1982

Pengetua MPPM, Tuan Haji Nik Hassan Thani Wan Omar mencadangkan supaya ditubuhkan persatuan bekas pelajar-pelajar MPPM. Tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara maktab dengan alumni.
Idea yang dicetuskan oleh Tuan Haji Nik Hassan Thani disambut oleh lima orang bekas pelajar yang kebetulan tinggal di Melaka menjadi pengasas penubuhan persatuan iaitu: Datin Hajah Sara Merican, Puan Hajah Rogayah binti Abdul Majid, Puan Hajah Zainon binti Hashim, Puan Hajah Rasimah binti Puasa dan Puan Hajah Fatimah binti Sameon.

28 Ogos 1982
Mesyuarat JK Penaja diadakan di Bilik Mesyuarat MPPM

21 April 1984
Persatuan didaftarkan atas nama Persatuan Bekas Penuntut MWTC/MPPM Melaka. No. pendaftaran 718/84

6 Oktober 1985
Majlis Perasmian Penubuhan Persatuan Bekas Penuntut MWTC/MPPM Melaka sempena Jubli Emas MPPM. Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Haji Abdul Aziz Tapa, Exco Pendidikan Melaka mewakili Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan Besar MPPM.

1 Januari 1995
Nama persatuan ditukar kepada Persatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka di Dewan Besar MPPM

 

 

 
Login

Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Users Online

Guests Online1
Members Online
Total Members30
Newest Member: chanyuan1
Forum Threads

Newest Threads
No Threads created
Hottest Threads
No Threads created